dalami islam(petikan al-quran, al-Karim)

Kisah Bani Israel-Bangsa Israel

Israel ialah sebutan bagi Nabi Yakub Alaihissalam, Bani Israel adalah keturunan Nabi Yakub Alaihissalam, dimana sekarang terkenal dengan bangsa Israel. Janji bani Israel ialah bahawa mereka akan menyembah Allah dan tidak akan menyekutukanNya dengan sesuatupun dan serta berfirman kepada rasulNya, diantaranya iald Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasalam sebagaimana disebut dalam taurat. Nenek moyang bani Israel yang hidup dizaman Nabi Musa Alaihissalam telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkan kepada umat yang lain.

 Jom kita tengok nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Bani Israel
1. Surah Al-Baqarah- Allah menyelamatkan kamu dari Firaun dan pengikut-pengikutnya. ketika Nabi Musa membawa Bani Israel keluar dari negeri Mesir menuju Palestin, beliau dikejar oleh Firaun. waktu mereka melalui bahagian utara Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa memukul laut tersebut dengan tongkatnya sehingga terbelah dan terbentanglah jalan ditengah-tengahnya. Nabi Musa melalui jalan tersebut sehingga selamat dia bersama kaumnya ke seberang laut. Firaun juga turut melaluinya, dan ketika Firaun berada ditengah-tengah laut, kembalilah laut itu seperti biasa sehingga tengelamlah mereka (FIRAUN).

2. Bani Israel (YAHUDI) membuat patung anak lembu daripada emas untuk disembah. dengan itu Nabi Musa berkata kepada umatnya, sesunguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu menjadikan anak lembuh sebahai sembahanmu, maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu. sesunguhnya dia yang Maha penerima taubat dan maha penyayang. namun mereka (Bani Israel) berkata mereka tidak akan berfirman kepadamu (Musa) dan Allah sebelum mereka melihat Allah dengan mata kepala (permintaan ini menunjukkan keingkaran dan ketakburan mereka sehingga mereka di sambar halilintar sebagai azab dari Allah)

disebabkan mereka tidak pernah mendengar nasihat Nabi ketika itu, Allah telah mematikan mereka dan bangkitkan mereka kembali supaya mereka bersyukur, Allah turunkan Mann dan Salwa. apa yang menarik tentang nikmat Allah kepada Bani Israel ialah mereka (Bani Israel) selalu dipayungi awan ketika mereka berjalan di panas terik padang pasir. Mann ialah makanan manis, Salwa ialah sejenis burung Puyu.

seterusnya Nikmat Allah kepada Bani Israel- ketika Nabi Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Allah berfirman "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!!". lalu terpancarlah darinya 12 mata air. makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan berbuat kerosakan.

Nikmat ini sungguh mulia, sesunguhnya kita umat Allah harusalah sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang ada AHLAMDULILAH..

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Untuk Di Jual di Pantai Teluk Kemang Port Dickson