dalami islam(petikan al-quran, al-Karim)
Kisah Bani Israel-Bangsa Israel Israel ialah sebutan bagi Nabi Yakub Alaihissalam, Bani Israel adalah keturunan Nabi Yakub Alaihissalam, dimana sekarang terkenal dengan bangsa Israel. Janji bani Israel ialah bahawa mereka akan menyembah Allah dan tidak akan menyekutukanNya dengan sesuatupun dan serta berfirman kepada rasulNya, diantaranya iald Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasalam sebagaimana disebut dalam taurat. Nenek moyang bani Israel yang hidup dizaman Nabi Musa Alaihissalam telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkan kepada umat yang lain. Jom kita tengok nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Bani Israel 1. Surah Al-Baqarah- Allah menyelamatkan kamu dari Firaun dan pengikut-pengikutnya. ketika Nabi Musa membawa Bani Israel keluar dari negeri Mesir menuju Palestin, beliau dikejar oleh Firaun. waktu mereka melalui bahagian utara Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa memukul laut tersebut dengan tongkatnya sehingga terbelah dan terbentanglah jalan ditengah-te...